Tuesday, October 20, 2009

UMNO : TRANSFORMASI 4

Pak Zad akan terus bersembang mengenai agenda “transformasi” UMNO yang sedang arusnya dibawa oleh Najib. Bagi Pak Zad ini adalah satu detik perubahan “mind set” dalam sejarah UMNO, yang seorang Presiden UMNO berhempas pulas untuk mempertahankan “survival” UMNO dari “tsunami” yang akan melenyapkan parti keramat ini. Oleh itu Najib membawa satu arus perubahan”transformasi” UMNO secara drastik dan radikal.

Oleh itu perubahan “mind set” sangat penting bagi Najib, ia menjadi agenda perlaksanaan dalam “road map” transformasi UMNO. Mungkin agak sukar untuk merubah “mind set” ahli-ahli UMNO ataupun kepimpinan UMNO. Dr Mahathir juga pernah mencuba dan Dr Mahathir juga pernah mengaku semasa ucapan di perhimpunan UMNO yang beliau memohon maaf kepada ahli-ahli UMNO kerana beliau gagal dalam agendanya untuk menukar “mind set “ ahli-ahli UMNO.

Walau bagaimanapun ia bukan menjadi satu alasan untuk tidak Najib lakukan “transformasi” tersebut dengan memberi perhatian utama kepada untuk merubah “the mind set” kepimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO. Najib tahu “to transform it needs the mind to be change”, kalau tidak “transformasi”nya akan menjadi titik nota sahaja.

Cuba kita renung kata-kata Najib yang memberi fokus kepada satu perubahan “mind set” ,katanya “Saya menyeru agar ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawan dalam parti. Ikhlaskan lah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa di suruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia”. Ini lah salah satu perubahan “mind set” yang Najib nyatakan dalam ucapannya. Beliau mahukan ahli-ahli berubah “mind set” kembali kepada semangat budaya khidmat dan kesukarelawan dalam parti bukan lagi budaya khidmat untuk mendapatkan projek ataupun habuan.

Bagi Pak Zad, ini satu cabaran besar kepada Najib dan barisan kepimpinan UMNO di semua peringkat iaitu “how to change the mind set”. Pak Zad Nampak formula yang paling mujarab ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sudah tentunya penghayatannya akan mengajar semua insan tak kira UMNO ataupun PAS untuk bertindak berlandaskan agama. Makna kawalan minda ini adalah berdasarkan landasan agama.

Buktinya Najib sendiri memulakan ucapannya dengan menceritakan tentang tentang sejarah Islam. Ini mengambarkan Najib juga membina “transformasi”nya berlandaskan kepada landasan keIslaman. Tentu mesejnya juga ialah UMNO perlu kembali ke seruan agama. Malah apabila beliau membuat analisa tentang perjuangan UMNO dan mengatakan asalnya PAS sekarang adalah berasal dari UMNO, cukup membuktikan perjuangan UMNO asal adalah berlandas perjuangan Islam sebagai perjuangan utama.Pada ketika itu survival agama Islam dan Melayu ialah di tangan UMNO dan tiada parti lain yang boleh berperanan seperti ini.

Inilah “transformasi” Najib yang juga menjadi agenda perlaksanaannya. Apapun ia harus dan wajib bermula di saf kepimpinan UMNO dulu di semua peringkat,jangan biarkan Najib berseorangan seperti “Mat Jenin”.

No comments:

Post a Comment