Saturday, October 10, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : PECUTAN TERAKHIR PAS

Dalam ramalan Pak Zad peringkat awal BN dan PAS dalam keadaan seimbang ia itu berkedudukan seri. Ini kerana BN mendahului untuk pengundian Undi Pos dan pengundian Undi Melayu. Manakala PAS hanya mendahului untuk pengundian Undi Cina dan Undi India. Tetapi berdasarkan perkembangan terkini strategi dan taktik yang di buat oleh BN dan PAS pada 2 hari terakhir ini, Pak Zad telah melihat satu perubahan aliran pemikiran pengundi-pengundi yang bijak membuat penilaian hasil dari pengamatan semua isu-isu kempen yang di bawa oleh kedua-dua parti.

Paling ketara ialah beberapa strategi dan taktik yang dibuat telah menjadi senjata makan tuan. Ia itu strategi menyerang dan strategi mendapat simpati yang di gunakan oleh PAS, dengan tujuan untuk menarik pengundi supaya mengundi mereka tetapi strategi tersebut telah menyebabkan pengundi terpaksa mengubah keputusan. PAS telah melakukan satu kesilapan besar dalam kempen mereka iaitu menggunakan strategi seperti apa yang dialami oleh Ketua PUTERA UMNO semasa hari penamaan calon. Tetapi PAS telah mengadvancekan lagi situasi tersebut (seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily dan kemudian tajuk ini di keluarkan laman webs) yang kecederaan serius telah berlaku kepada penyokongnya dan didakwa di lakukan oleh penyokong UMNO.

Kesilapan PAS dapat dibuktikan oleh UMNO dan siasatan POLIS (seperti di laporkan oleh Utusan Malaysia) terdapat banyak maklumat dan dakwaan yang mencurigakan tentang kecederaan penyokong PAS seperti laporan polis tidak dibuat oleh penyokong yang cedera itu, gambar penyokong yang tercedera tak sama dengan orang yang membuat laporan polis, Salahuddin Ayub juga tak dapat nak memberi bukti yang kukuh untuk polis buat siasatan. Keadaan ini telah menimbulkan banyak persoalan kepada para pengundi dan tentunya pengundi sedang menganalisa situasi ini dan sudah tentu pengundi juga akan menjadi “judge” kepada strategi dan taktik PAS,samada PAS telah membuat “fitnah” ataupun bercakap benar.

Pada analisa Pak Zad, strategi pecutan terakhir PAS telah menjadi senjata makan tuan kerana isu curiga tersebut telah dapat dibuktikan oleh UMNO/BN bahawa kes tersebut sebenar satu straregi pecutan terakhir PAS, dengan tujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Ini telah menjerat usaha-usaha Salahuddin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya PAS di Bagan Pinang untuk mengatur strategi “PECUTAN TERAKHIR” bagi memenangi hati pengundi-pengundi. Apa pun yang berlaku PAS telah melakukan kesilapan dan cuba membaiki keadaan tetapi amat sukar untuk berbuat demikian.

Oleh kerana kesilapan strategi dan taktik yang kemudiannya menjadi “back fire”, telah menyebabkan satu aliran perubahan pengundi-pengundi yang mendadak kearah kembali menyokong calon BN. Ini bermakna undi yang pada mulanya akan diberi kepada PAS akan beralih kepada BN dan akan berlakunya pengurangan undi PAS. Pak Zad jangka juga dalam situasi pecutan terakhir ini juga akan berlaku pengurangan yang mendadak undi Cina dan India kepada calon PAS dan ia akan beralih kepada BN.

Oleh itu BN sedang mendahului dalam strategi dan taktik “PECUTAN TERAKHIR” ini, dengan mendahului untuk pengundiaan POS (80%), pengundian UNDI MELAYU (70%), pengundian UNDI CINA (55%) dan pengundian UNDI INDIA (60%). Pendahuluan di 10 meter terakhir garis penamat adalah sangat penting kerana ia akan bergantung kepada stamina yang terakhir antara BN dan PAS. Tetapi pada ketika ini PAS sudah tiada stamina dan terpaksa mecari tenaga baru untuk menguatkan kembali tenaga mereka walaupun mereka hanya ada kurang dari beberapa jam lagi sebelum tempuh berkempen tamat. TENAGA BARU INI ADALAH PECUTAN TERAKHIR PAS YANG AMAT BAHAYA KEPADA STRATEGI BN. JENTERA BN PERLU SIAP SEDIA UNTUK MEMPERTAHANKAN SITUASI YANG ADA SEKARANG IAITU KEMENANGAN SUDAH BERADA DI DEPAN PINTU. TETAPI BN JANGAN LUPA DIRI KERANA SELAGI PETI UNDI BELUM DITUTUP APA PUN BOLEH BERLAKU.

No comments:

Post a Comment