Pak Zad ada menyebut dalam sembang bertajuk UMNO – TRANSFORMASI 1, yang agenda “Transformasi” UMNO amat menakutkan para strategist Pakatan Rakyat kerana itu mereka dalam keadaan “pening lalat” dan mereka terpaksa mengunakan strategi “attack” UMNO dan BN, agar ia akan memperlahankan perlaksanaan agenda tersebut ataupun cuba mengalihkan fokus rakyat daripada terpersona dengan agenda “branding” UMNO kepada isu-isu yang merosakkan imej UMNO dan BN. Inilah yang sedang berlaku kepada Menteri Kesihatan Malaysia yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Presiden MCA dan sekarang beliau dijadikan alat untuk alihkan pandangan kepada fokus rakyat daripada “transformasi” UMNO dan MCA kepada isu-isu etika yang sedang di cipta oleh para strategist mereka.
Inilah yang Pak Zad sebutkan satu serangan akan dibuat oleh Pakatan Rakyat ketika para strategist UMNO ataupun BN dalam keadaan yang lalai atau dalam keadaan yang tidak bersedia. Apa yang dihadapi oleh pemimpin MCA itu juga sedang menunggu para pemimpin UMNO kerana Pakatan Rakyat memang mahir dengan ciptaan isu-isu sensasi dan mereka sudah lali dengan slogan kena saman. Pak Zad jangka strategi ini sedang bermain di minda para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu seperti yang Pak Zad kata dalam sembang yang lepas para strategist UMNO dan BN perlu siap sedia untuk mengharungi serangan Pakatan Rakyat yang akan muncul bila-bila masa.
Buat masa ini mereka sedang menghuru hara MCA rakan UMNO dengan krisis dalam yang berlaku hinggakan Presiden MCA diattack oleh ahli-ahlinya dengan kuasa EGM dan strategi mereka seterusnya meng”attack” Timbalan Presiden MCA . Maknanya mereka mengunakan strategi untuk melemahkan rakan UMNO supaya UMNO terpaksa datang untuk membantu bagi menyelesaikan kemelutnya. Tindakan ini pada jangkaan mereka akan menyebabkan UMNO akan memberi fokus kepada isu penyelesaian MCA dan sudah tentu akan memperlahan agenda “transformasi” UMNO.
Apa yang berlaku pada MCA sedang menunggu pula UMNO, yang pada jangkaan Pak Zad, Pakatan Rakyat akan mengunakan isu-isu seperti apa yang di hadapi oleh MCA. Banyak isu-isu yang yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah pendedahan-pendedahan dari sumber dalaman samada dari maklumat sulit yang dikeluarkan secara terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang merupakan penyokong-penyokong atau simpati kepada perjuangan Pakatan Rakyat ataupun juga daripada musuh-musuh politik dalam UMNO dan BN yang geram dan cemburu kepada rakan mereka yang mendapat kuasa. Mereka ini yang telah “inject” maklumat kepada parti-parti yang menentang UMNO dan BN . Maklumat ini yang digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan BN.
Para strategist UMNO dan BN boleh buat satu analisa tentang apa yang Pak Zad sebut di atas kerana isu-isu dan pendedahan yang mereka buat bukan datang dalam keadaan yang “tidak boleh di percayaai” tapi dalam satu keadaan yang “boleh di percayaai”. Ini kerana sumbernya dipetik dari dalam dan dinyatakan dalam keadaan yang menimbulkan satu situasi yang mencurigakan dan ia boleh mengelirukan rakyat. Oleh itu kajilah dan buat satu konklusi, bagaimana para strategi Pakatan Rakyat mencipta satu situasi yang kontroversi yang akan di hadapi oleh UMNO dan Pakatan Rakyat.
Yang penting ialah strategi Pakatan Rakyat untuk menghalang agenda “transformasi” UMNO. Walaupun mereka pening lalat tetapi dalam keadaan pening mereka masih mampu untuk kucar kacirkan laluan “transformasi” UMNO. Oleh itu nasihat Pak Zad UMNO perlu amat berhati-hati. Setiap isu yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat perlu di analisa secara berhati-hati dan jangan melatah kerana mereka mahukan UMNO melatah . Sekiranya UMNO melatah senang lah mereka untuk meratah UMNO satu persatu. UMNO perlu ingat pada ketika ini Najib telah meletak semula UMNO dalam keadaan yang terbaik, jangan gagalkan usaha Najib ini.
No comments:
Post a Comment