Kata Presiden UMNO “UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu persepsi UMNO sebagai parti untuk mencari makan mesti dibuang jauh-jauh mesti ditinggalkan” . Dari kata-kata di atas terdapat 4 perkara yang utama yang diungkapkan oleh Najib, pertama - UMNO harus di beri satu branding baru, kedua – perjuangan UMNO adalah untuk rakyat, ketiga – persepsi UMNO parti untuk cari makan dan kenyangkan perut individu perlu dimatikan dan keempat – strategi untuk mendapat kembali kenyakinan rakyat.
Maknanya ucapan di atas Pak Zad anggapkan amat berhantu kepada parti-parti pembangkang kerana 4 perkara yang Pak Zad sebutkan di atas adalah satu transformasi yang UMNO sedang lalui dan sekiranya “Transformasi” tersebut melalui laluan yang betul dan di sahut dengan menyeluruh warga UMNO, UMNO akan menjadi satu tsunami baru yang melanda dan melemaskan Pakatan Rakyat yang sekarang sedang dijangkiti penyakit H1N1 yang belum reda.
Oleh itu Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan situasi “Transformasi” yang melanda UMNO itu dengan tenang, mereka akan menganggu Najib dan pemimpin UMNO dengan kerja-kerja menjawab isu-isu yang akan membabitkan skandal-skandal yang diciptakan oleh mereka. Dengan erti kata mereka mahukan Najib dan pemimpin UMNO serta BN dalam keadaan “defensif”. Sekiranya ini berlaku pada jangkaan mereka, mereka telah berjaya untuk menyekat “transformasi” UMNO daripada berlaku. Mereka perlu menghalang daripada ia betapak di semua lapisan UMNO. Kerana mereka tahu implikasinya sekiranya UMNO sudah dipulihkan.
Para strategist Pakatan Rakyat sudah dan sedang “study” secara mendalam dan terperinci intipati ucapan Najib. Mereka sedang menkaji seperti apa yang Pak Zad buat di atas. Ini kerana ucapan Najib banyak menyatakan “strategi” UMNO dalam memenangi kembali hati orang Melayu dan pengundi-pengundi Muda Melayu, serta juga untuk kembali mendapat kenyakinan pengundi-pengundi Cina dan India. Oleh itu para strategist Pakatan Rakyat amat risaukan dengan strategi UMNO yang mengunakan keadah-keadah “transformasi” . Bukti yang jelas apabila UMNO dan BN telah memenangi pilihanraya Bagan Pinang dengan majoriti yang besar dan analisa juga membukti pengundi-pengundi Cina dan India telah mula menukarkan penilaian mereka daripada pertimbangan emosi kepada lebih rasional. Perkembangan ini amat menakutkan Pakatan Rakyat.
Pak Zad jangka strategi “transformasi” UMNO ini akan menjadi agenda utama untuk dibincangkan di dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang akan di adakan tidak lama lagi. Pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI akan memasukan analisa “transformasi” UMNO dalam ucap utamanya nanti. Tentu DSAI akan memberi ulasan yang terperinci mengenai kesan dan impaknya agenda “transformasi” UMNO di dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Yang jelasnya DSAI dan pemimpin Pakatan Rakyat amat mengetahui yang mereka dalam keadaan kritikal sekiranya UMNO di biarkan dengan agenda “transformasi “ itu.
Para strategist UMNO perlu bertindak cepat untuk membina benteng atau perisai bagi menghadapi serangan secara “direct” atau serangan mengejut oleh para strategist Pakatan Rakyat. Para strategist UMNO perlu juga menyerang dengan mempercepatkan agenda “transformasi” di semua peringkat. Tindakan pantas ini adalah benteng dan perisai yang Pak zad sebutkan tadi. UMNO tidak boleh berkedudukan defensif kerana ia amat bahaya,kerana itu UMNO perlu sentiasa agresif dan bertenaga untuk berperang saikologi dengan Pakatan Rakyat.
Apapun pada saat dan ketika ini, UMNO telah mendahului Pakatan Rakyat dengan semangat agenda “transformasi”nya. Pada pandangan Pak Zad sekiranya di buat satu kajian persepsi rakyat kepada UMNO, yakin dan percayalah UMNO akan berada di depan semua parti-parti politik di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment