Tuesday, October 20, 2009

UMNO – TRANSFORMASI 3

Kata Najib “UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai Parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak Parti pemerintah, kita tidak mampu di anggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi Parti yang menjuarai rakyat”. Apa yang cuba disuratkan oleh Najib ialah UMNO adalah parti yang dilahirkan oleh perjuangan rakyat maka ia wajib kembali ke perjuangan asalnya iaitu menjuarai perjuangan rakyat.

Ini adalah pesanan yang amat radikal yang disuarakan oleh Najib sebagai salah satu agenda “transformasinya”. Beliau mahu kepimpinan UMNO dan ahli UMNO secara keseluruhan dan di semua peringkat untuk kembali memberi fokus kepada perjuangan keramat UMNO ialah kembali kepada rakyat di bawah. Bukannya UMNO hanya menjadi medan untuk orang-orang yang mencari kepentingan dan kekayaan. Kerana itu Najib juga telah memberi amaran kepada hartawan dan jutawan Melayu yang dilahirkan atas perjuangan UMNO jangan lupa diri kerana mereka sebenarnya dilahirkan atas perjuangan rakyat bawahan iaitu airmata dan keringat rakyat yang miskin.

“Transformasi” yang Najib hendak lakukan ialah untuk menukarkan “mind set” kepimpinan UMNO di peringkat atas dan di peringkat bawah, bahawa perjuangan UMNO mesti berfokus kepada rakyat bawahan. Najib telah meminta mereka menukar “mind set” untuk selalu turun ke bawah dan kawasan untuk mendengar keluhan dan masalah rakyat secara “one to one” dan menyelesaikan masalah secara “case by case”. Ini telah ditetapkan oleh Najib sebagai KPI kepimpinan UMNO. Bagi Najib, kepimpinan UMNO wajib berada bersama rakyat dan kembali sebagai “front line” kepada rakyat di kampung-kampung ataupun di desa-desa.

“Transformasi” ini adalah satu perubahan kepada membina semula jambatan perhubungan yang erat yang di bina antara masyarakat dengan UMNO. Pembinaan perhubungan inilah yang diciptakan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar dulu yang dapat mengerakkan satu arus dan gelombang manusia yang berhati waja yang akhirnya Berjaya menewaskan “Malayan Union” yang diciptakan oleh gergasi British, tetapi tewas kepada sang kenit yang berhati gergasi.

Maknanya di sini, ”transformasi” Najib ialah beliau mahu kepimpinan dan ahli-ahli UMNO supaya kembali kepada semangat Dato Onn Jaafar iaitu perjuangan untuk masyarakat Massa dan kembali kepangkuan rakyat terbanyak. Oleh itu kepimpinan UMNO perlulah minda nya diubah dulu sebelum ahli-ahli di saf bawah akan berubah. Tiada yang mustahi “mind set” semua ini boleh berubah.


No comments:

Post a Comment