Monday, September 14, 2009

BAGAN PINANG : DILEMA UMNO/BARISAN MEMILIH CALON

Dua akhbar arus perdana iaitu Mingguan Malaysia dan NST telah membuat ulasan yang amat menarik mengenai bakal-bakal calon yang akan menjadi calon kepada UMNO. Mingguan Malaysia membuat analisa atas tajuk “Waspada ‘pembunuh watak’ di Bagan Pinang” dan NST pula atas tajuk “UMNO can’t afford to pick wrong candidate”, kedua-dua analisa di dalam akhbar-akhbar tersebut memberikan satu message yang sama kepada UMNO supaya jangan salah memilih calon. Kesilapan memilih calon, mengikut kedua-dua akhbar tersebut akan membawa padah dan impak yang UMNO sudah kalah teruk dalam setiap pertandingan pilihanraya kecil di Semenanjung .

Menurut Zubaidah Abu Bakar “for UMNO, the candidate has always been an important winning factor. And a misjudgment is something UMNO can ill afford in Bagan Pinang because voters, as in past by-elections, would scrutinese details of candidate’s background, personal or otherwise.” (NST 13/9/09). Maknanya calon yang dipilih akan menjadi satu fakor utama yang akan menjadi ukuran dalam pengundian para pengundi dan seperti yang diakui di dalam kenyataan di atas para pengundi pada masa ini adalah pengundi yang amat cerdik dan mereka tidak boleh dilayan sebagai pengundi yang tidak cerdik tetapi pengundi yang “would scrutinese detail of candidate’s background, personal or otherwise”. Ini satu mesej yang amat penting kepada UMNO dalam memilih calon Bagan Pinang.

Manakala Zukifili Jalil yang membuat analisa pendapat daripada dua pakar sains politik dari USM dan UUM. Pakar Sains Politik, Dr Sivamurugan menyatakan “tidak menolak antara faktor penting pemilihan seseorang calon khususnya jika seorang itu dari UMNO ialah dia semestinya mendapat sokongan padu dari setiap sayap, cawangan, bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri di kawasannya. Namun dalam keadaan soal etika dan moral begitu diberi perhatian utama sekarang, faktor tadi sudah menjadi nombor dua dan mungkin tiga”(Mingguan Malaysia 13/9/09).

Prof Mohamed Mustapha pula dengan nada yang lebih keras menyatakan “sewajarnya calon yang pernah terlibat dalam masalah etika tidak lagi dipertaruhkan di Bagan Pinang. Dikhuatiri persepsi masyarakat seolah-olah BN sudah ketandusan calon yang baik” (Mingguan Malaysia 13/9/09). Malah katanya lagi ”Apakah BN mahu memperjudikan parti dengan memberi modal percuma kepada pembangkang dari awal kempen lagi”. Ini disokong lagi dengan analisa yang dibuat oleh Dr Siva yang mengatakan “bagaimana pada hari pertama kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir lagi, calon BN telah diselongkar segala latar belakang silamnya. Mungkin dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar tetapi jika ditujah dan diuar-uarkan secara berterusan, lama kelamaan ia mempengaruhi masyarakat khususnya pengundi”.

Inilah strategi Pakatan Rakyat akan gunakan iaitu strategi “take the offensive” iaitu mereka akan “take control of the race” dengan menyerang calon BN yang mempunyai rekod silam yang dianggap bercanggah dengan etika. Oleh itu calon BN pada masa ini terpaksa “spends the remainder of the contest recovering from this initial burst, trying to catch up”. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Dr Siva “bukan saja di Permatang Pasir, calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Trengganu juga menyaksikan BN terpaksa bertindak defensive mempertahankan kredibilitinya. Ini menyebabkan BN setiap hari dan masa terpaksa pula menjelaskan tentang kewibawaan calonnya daripada mengupas isu-isu pembangunan rakyat yang sedang atau telah direncana” (Mingguan Malaysia 13/9/09)

Pandangan-pandangan dan analisa yang diutarakan di atas, adalah menjadi satu dilemma untuk UMNO/BN menerimanya, tetapi realitinya pada masa ini, UMNO/BN tidak mampu kalah lagi. Bagan Pinang adalah survival UMNO/BN. Jadi pilihlah calon-calon yang cukup bersih dan berwibawa dan renung kata-kata di akhir rencana “Umno can’t afford to pick wrong candidate” iaitu “the burden to see this through, thus, will sit heavily on election machinery to counter the opposition’s expected merciless onslaught”. Juga renung juga apa yang telah Guan Eng sebutkan “ Our battle is to fight corruption and money politics”.

No comments:

Post a Comment