Mengikut The Rovian Playbook: Campaign Tactic, telah menjelaskan strategi “take the offensive” melalui satu analogi sukan olahraga “of a track meet, the Rove team gets off of the starting blocks first to take control of the race. The opponent then spends the remainder of the contest recovering from this initial burst, trying to catch up”. Maknanya PKR telah memulakan peperangan strategi dengan membina beberapa siri dakwaan yang cuba untuk membuatkan Barisan dalam keadaan yang defensive.
Antara dakwaan yang berbentuk provokasi ialah kenyataan Husam Musa yang menyatakan “PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon UMNO dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, UMNO akan jatuh pra-matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya”.
Manakala Salahudin Ayub menyatakan “sudah disepakati umum bahawa sejak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, isu perkauman adalah satu-satunya isu yang mampu menyambung nafas UMNO untuk meneruskan cengkaman kekuasaannya”.
Manakala di dalam Malaysiakini dinyatakan “if Pakatan wins this one, it will be 16 versus 20 in Negeri Sembilan. It takes only three frogs to change the state government. Not impossible for Pakatan Rakyat. This probably will stalemate UMNO”s Selangor cuop-de”ta plan.”
Ketiga-tiga kenyataan tersebut adalah berupa satu provokasi kepada UMNO dan Barisan, ia juga menjelas bagaimana Pakatan Rakyat mahukan UMNO dan Barisan dalam keadaan “offensive” dan mereka akan menyebabkan para strategis UMNO dan Barisan akan terpaksa memikirkan persoalan seperti seolah-olah Bagan Pinang akan menjadi talian hayat UMNO sama ada UMNO dan Barisan akan lenyap ataupun hidup nyawa-nyawa ikan.
Inilah strategi Pakatan Rakyat pada masa ini, mereka telah mendahului larian 100 meter ini sebaik saja pistol dilepaskan dan UMNO/Barisan akan dalam keadaan tertinggal kerana nak menjawab persoalan-pesoalan yang ditimbulkan.
Mengikut The Rovian Playbook: Campaign Tactics – “The opponent then spends the remainder of the contest recovering from this initial burst, trying to catch up. This approach throw political opponent” off message”. So that he/she cannot get their message across to the public. In addition, a candidate who is on the defensive generally makes a poor impression on voters, who are looking for positive and assertive leadership”.
Ini strategi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai permula medan peperangan di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, mereka mahukan UMNO dan Barisan disibukkan dengan menjawab persoalan demi persoalan dan akhirnya UMNO dan Barisan kurang bersedia untuk mengatur strategi yang sistematik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment