Tuesday, September 15, 2009

BAGAN PINANG : STRATEGI MENCARI SIMPATI PAKATAN RAKYAT

Agak terkejut dan menarik kenyataan Anwar dalam mengulas persekitaran pilihanraya kecil Bagan Pinang. Anwar Ibrahim menyatakan “acknowledge BN were the favourites in the upcoming Bagan Pinang by election in Negeri Sembilan, but pledge his Pakatan Rakyat would give the rulling coalition a tough fight” dan beliau juga menambah lagi dengan satu janji “God willing, with the people support we will pull a surprise”

Kedua-dua kenyataan tersebut mungkin mempunyai satu mesej yang jelas iaitu Anwar Ibrahim sendiri amat mengetahui yang kawasan Bagan Pinang adalah kawasan Barisan dan amat sukar untuk memenanginya. Tetapi ini bukan mesej sebenar Anwar, kita perlu melihat lebih mendalam setiap ayat kenyataan beliau kerana di situlah ada makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini akan memerangkap UMNO/Barisan sekiranya mereka tidak berhati-hati.

Kata Anwar “BN were the fovourites”, secara tersurat beliau akui kekuatan UMNO/Barisan di Bagan Pinang, tetapi secara tersirat beliau cuba membina satu keyakinan kepada jentera UMNO/Barisan bahawa “UMNO/Barisan akan menang dan sukar untu dikalahkan”. Anwar telah menggunakan strategi “attack your opponent’s strength”, dengan ertikata ia akan “forces UMNO/Barisan to back away” kerana sudah merasakan jentera UMNO/Barisan sudah kuat dan boleh menang mudah. Inilah strategi Anwar iaitu mahukan jentera UMNO/Barisan dalam yang tidak bersedia kerana sudah yakin dan dalam situasi begitu barulah Pakatan Rakyat akan menyerang di kawasan-kawasan yang di tinggal begitu rapuh seperti isu kewibawaan calon.

Benarlah kata Anwar “Pakatan Rakyat would give the rulling coalition a tough fight”, apabila Anwar sudah merobohkan pertahanan UMNO/Barisan akibat dari keyakinan yang dibina oleh Anwar. Oleh itu Anwar yakin Pakatan Rakyat berupaya untuk memberi satu “tough fight” kepada UMNO/Barisan.

Malah Anwar dengan penuh keyakinan menyatakan “God willing, with the people’s support we will pull a surprise”. Beliau begitu yakin rakyat akan bersama dengan beliau dan Pakatan Rakyat. Secara tersirat beliau cuba memberi mesej kepada para pengundi di Bagan Pinang untuk bersama-sama dengan “the people’s” untuk menyokong Pakatan Rakyat. Anwar menggunakan strategi untuk mendapat simpati daripada pengundi dengan melafazkan satu “pledged” dengan izin Tuhan mereka akan berjaya. Inilah cara Anwar menggunakan semua peluang yang ada bagi mendapat simpati para pengundi. Ini satu kelebihan Anwar dalam mengatur langkah positif walaupun dalam satu sudut yang agak sukar.

No comments:

Post a Comment