Mengikut Dato Seri Najib “We will do everything possible to achieve success and I hope the experience gained from the by-elections before this will be used as lesson by the UMNO and BN leadership”(NST – 6/9/09), ini memberi satu makna yang UMNO dan BN sedang memikirkan strategi transformasi dalam mengaturkan strategi bagi mengharungi pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Manakala Lim Guan Eng menyatakan “it was an uphill battle against the Barisan as Bagan Pinang was an UMNO area. Neverthless, we want to try the same formula used in the Permatang Pasir by-election in Penang, that is to explore the concept of people’s government” (The Star – 7/9/09). Guan Eng juga menyatakan mereka juga akan memberikan fokus kepada strategi transformasi yang mereka gunakan di Permatang Pasir yang telah membuktikan mereka telah menang mudah di sana.
Menurut Datuk Razali Ibrahim “Barisan Nasional should adopt a new campaign approach to retain the Bagan Pinang state seat in Negeri Sembilan” (The Star – 7/9/09) dan katanya lagi “We must set new target of voters, especially youths and fence sitters, like we did in the Manek Urai by election in Kelantan” (The Star 7/9/09). Kenyataan tersebut membuktikan betapa strategi transformasi amat diperlukan untuk digunakan di Bagan Pasir.
Apa yang disebut oleh pemimpin-pemimpin parti politik tersebut seperti “do everthing possible to achieve success”, ”should adopt a new compaign approach to retain.” “We must set new target.” “It was an uphill battle.” dan “Neverthless, we want to try the same formula used” adalah kenyataan-kenyataan betapa strategi transformasi perlu dilaksanakan di dalam pilihanraya di Bagan Pinang. Malah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat amat sedar mereka tidak boleh menggunakan lagi strategi-strategi lama seperti strategi pilihanraya Umum 2008 ataupun beberapa siri pilihanraya kecil yang berlalu. Walaupun Guan Eng dan Razali masih berpendapat strategi pilihanraya kecil di Manek Urai dan Permatang Pasir masih relevan untuk diguna pakai di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Mungkin ia amat relevan dengan Pakatan Rakyat kerana mereka menang selesa tetapi tidak untuk Barisan Nasional yang kalah agak teruk di Permatang Pasir, tetapi kekalahan tipis di Manek Urai kerana itu Barisan Nasional akan menggunakan strategi di Manek Urai.
Walau apa pun secara teorinya (dalam Sains Politik), mana-mana strategi yang telah digunakan secara terbuka, tidak boleh diguna pakai semula sebagai bahan recycle, ini kerana mana-mana strategi politik yang telah digunakan telah di analisa dan dikaji oleh pakar-pakar starategi lawan masing-masing. Oleh itu pakar-pakar strategi akan mencari jalan untuk membalas strategi tersebut dengan formula-formula balas yang mungkin berkesan ataupun tidak berkesan, tetapi yang penting strategi tersebut mudah dibaca oleh lawan masing-masing. Ini lah mungkin jawapan kepada kegagalan jentera Barisan Nasional di dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil yang lepas, yang membuktikan bagaimana dengan mudah jentera Pakatan Rakyat dapat membaca strategi Barisan Nasional dan akhirnya Barisan Nasional gagal dalam siri-siri pilihanraya kecil tersebut.
Oleh itu strategi transformasi amat diperlukan oleh jentera Barisan Nasional dalam merangka dan merancang strategi yang berkesan di Bagan Pinang. Pakar-pakar strategi Barisan Nasional perlu bangun dari tidur yang lena, yang tuntutan sekarang sekiranya Barisan Nasional hendak menang mereka perlu “Out of the Box” dalam mengatur strategi baru ataupun “the needs of transformation in political strategy”. Mereka perlu ingat dan sentiasa ingat yang musuh mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Pilihanraya Kecil Barisan Nasional, sudah tentu semua strategi Barisan Nasional berada dalam poketnya dan tidak susah pula untuk DSAI membalas strateginya untuk menghancur strategi Barisan Nasional.
Mungkin DSAI juga amat beruntung kerana mempunyai seorang lagi pakar strategi iaitu Saifudin Nasution yang selalu bertindak sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, yang juga bekas pemimpin Pemuda Umno. Sudah tentu beliau juga amat mengetahui strategi yang bakal digunakan oleh Barisan Nasional ataupun UMNO. Kedua-dua mereka adalah pakar strategi yang telah menggoncangkan semua strategi Barisan Nasional.
Oleh itu seperti kata Dato’ Seri Najib “BN will rely on experience” (NST – 6/9/09), Barisan Nasional perlu membuat satu transformasi dengan melihat semua pengalaman dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu dan beliau menyatakan dengan amat jelas “we will do everthing possible to achieve success”, makna ia satu message kepada para strategi Barisan Nasional supaya mempastikan kemenangan kepada Barisan Nasional dengan menggunakan satu strategi transformasi dalam strategi mereka yang tidak boleh dibaca oleh pakar strategi Pakatan Rakyat.
Strategi transformasi yang dimaksudkan ialah bagaimana pakar-pakar strategi UMNO atau Barisan Nasional perlu “out of the box” iaitu keluar dari menggunakan pendekatan lama dan kaedah lama, dan bersedia untuk menggunakan pendekatan dan kaedah baru. Inilah transformasi yang di maksudkan, satu perubahan strategi yang digunakan.
Cuba buat sedikit analisa apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam mereka merangka strategi transformasi, mereka memancing pengundi semasa siri pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Kita ambil contoh kenyataan Guan Eng “Nevertheless, we want to try the same formula used in the Permatang Pasir by election in Penang, that is to explore the concept of people’s government” (The Star 7/9/09) dan “The parties in Pakatan need to fight the Barisan as a team. Our battle is to fight corruption and money politic”. Maknanya Guan Eng sedang memberi satu isyarat yang strategi mereka gunakan ialah mereka nak tawarkan satu kerajaan rakyat (people’s government) yang memerangi rasuah dan politik wang dan strategi ini berjaya digunakan di Permatang Pasir.
Strategi transformasinya di sini ialah Guan Eng menggunakan strategi membuat tawaran awal kepada pengundi Bagan Pinang yang pengundi-pengundi akan menjadi penentu kepada jatuh atau goyang dan tidak selamatnya kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan yang pada masa ini hanya ada 20 kerusi dan pembangkang ada 16 kerusi. Tetapi oleh kerana kerusi Speaker dipegang oleh ADUN Barisan Nasional yang boleh mengundi sekiranya seri, jadi hakikatnya Barisan hanya ada 19 kerusi sahaja dan sekiranya d Bagan Pinang Barisan kalah, Barisan hanya ada 18 dan pembangkang akan bertambah satu kerusi jadi mereka akan ada 17 kerusi. Situasi ini menunjukkan kerajaan Barisan adalah amat lemah kerana mempunyai majoriti satu kerusi.
Jadi strategi yang dimainkan oleh Guan Eng ialah mereka nak menawar satu alternative kerajaan di Negeri Sembilan yang berlandaskan kepada “people’s government”, maknanya agenda mereka adalah mereka hendak membentuk kerajaan alternatif di Negeri Sembilan dan menjadikan Bagan Pinang sebagai penentunya. Menjadikan pengundi-pengundi di Bagan Pinang sebagai pengundi yang mencipta sejarah dan mereka sebagai sangat penting, adalah satu strategi yang menarik yang cuba dimainkan oleh Pakatan Rakyat.
Permainan strategi Guan Eng ialah menjadikan isu rasuah dan politik wang sebagai tema strategi mereka, maknanya mereka telah mengkaji secara mendalam apakah yang ada di dalam pemikiran para strategi Barisan Nasional. Ini kerana di Permatang Pasir mereka telah berjaya meranapkan kredibiliti calon Barisan Nasional yang diakui oleh Datuk Ahmad Maslan sebagai faktor kelima punca kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pasir (Mingguan Malaysia - 6/9/09). Guan Eng juga memberi isyarat yang sama bahawa mereka akan memberi fokas kepada siapa calon Barisan Nasional dan mereka sudah pun bersedia untuk “menganyang” calon Barisan Nasional dengan isu rasuah dan politik wang.
Jelas sekali cara Guan Eng menggunakan satu strategi transformasi amat licik yang terkeluar dari satu pemikiran strategi biasa. Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut dan kemungkinan beliau sedang menguji bagaimana pakar-pakar strategi membaca mesejnya sama ada mesejnya boleh dibaca ataupun tidak. Ini satu strategi teka-teki yang di lontarkan di awal permainan ini, apa yang jelas ini adalah satu contoh cara kaedah dan pendekatan baru yang cuba dilaksanakan oleh mereka, di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Apapun para strategi Barisan Nasional tidak perlu gusar dengan kekalahan-kekalahan yang lepas kerana sekiranya Barisan mahu kemenangan di Bagan Pinang satu strategi Transformasi perlu dibuat di dalam mengatur strategi nanti. Pakar-pakar strategi Pakatan Rakyat bukan kebal dan tidak boleh di kalahkan.
Pakar-pakar strategi Barisan sudah buktikan bagaimana mereka telah memusnah harapan dan agenda DSAI untuk merampas kuasa pada 16 September tahun lalu dan juga bagaimana pakar-pakar strategi Barisan berjaya merampas kembali kerajaan negeri Perak. Kedua-dua perkara tersebut menjelaskan pakar-pakar strategi Barisan boleh mengalah strategi pakar-pakar strategi Pakatan Rakyat dan DSAI.
Jadi formula untuk menang di dalam pilihanraya Bagan Pinang adalah bagaimana kedua-dua pakar strategi dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menggunakan strategi-strategi transformasi iaitu menggunakan satu kaedah dan pendekatan strategi yang baru dan sukar untuk dibaca oleh kedua-dua pihak. Oleh itu kedua-dua pemikir strategi perlu memerah otak untuk mencari formula yang amat berkesan untuk memenangi hati pengundi di Bagan Pinang. Apa-apa pun jangan sekali-kali menganggapkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang tidak cerdik, mereka adalah pengundi yang paling cerdik dan kerana itu setiap strategi yang hendak digunakan perlu strategi yang amat cerdik dan akan tentu nya di hormati oleh pengundi-pengundi di Bagan Pinang.
No comments:
Post a Comment