Wednesday, September 30, 2009
PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : STRATEGI PAKATAN RAKYAT SELEPAS ISA SAMAD DI ISYTIHARKAN SEBAGAI CALON BN.
Tuesday, September 29, 2009
PILIHANRAYA BAGAN PINANG : TRANSFORMASI PEMIKIRAN PENGUNDI-PENGUNDI CINA DAN INDIA BAGAN PINANG.
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang akan menjadi penentu kepada persoalan samada pengundi mengundi berdasarkan kepada sentimen persekitaran domestik ataupun persekitaran luaran. Maksudnya ialah samada pengundi Bagan Pinang akan terpengaruh dengan isu-isu kempen dalaman iaitu persekitaran Bagan Pinang (lokaliti) ataupun mereka terpengaruh dengan isu-isu luaran iaitu nasional.
Dari apa yang dinyatakan melalui kenyataan pemimpin-pemimpin politik samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat, semua isu-isu samada domestik atau luaran akan menjadi isu-isu utama di dalam kempen mereka. Strategi parti-parti politik ialah untuk menghangatkan persekitaran, mereka perlu memainkan isu-isu ini, tetapi yang paling disukai oleh para strategis parti-parti politik ialah isu-isu luaran seperti isu nasional diluar dari Bagan Pinang.
Maknanya pengundi-pengundi Bagan Pinang perlu bersedia dengan ketahanan yang kuat kerana momentum kempen yang sudah bermula. Para pengundi akan dihidangkan dengan isu-isu sensitif berdasarkan kaum kerana undinya nanti adalah berdasarkan kaum. Contohnya pengundi Cina akan dihidangkan tentang janji masa depan yang diciptakan oleh Pakatan Rakyat iaitu keadilan untuk semua dan ketuanan Malaysia. Sudah tentunya ia satu cabaran yang hebat kepada MCA dan Gerakan untuk membalas hujah untuk memenangi hati pengundi Cina. Dari segi daya penarik sudah tentu strategi kempen DAP dan PKR Cina lebih menarik dan maju ke hadapan kerana janji tersebut adalah sesuatu yang mereka sedang tunggu. Tidak hairanlah PAS pada pilihanraya yang lepas mendapat 56% undi Cina dan Barisan hanya mendapat 44%.
Dalam konteks ini bolehkah pengundi Cina membina satu “ transformasi” dari mengundi berdasarkan emosi dan fanatik kepada mengundi yang berdasarkan rasionaliti dan realiti sejarah. Transformasi ini amat diperlukan kerana pengundi Cina juga perlu melihat isu-isu domestik yang berlaku di Bagan Pinang yang stabil dan tidak diracun oleh pemikiran luar. Pertimbangan ini amat penting dan untuk membuktikan pengundi Cina mengundi berdasarkan rasionaliti dan bukan emosi. Tetapi persoalannya bolehkah ia dibuat oleh MCA atau Gerakan, jawapan ialah mereka tak mampu. Oleh itu transformasinya amat sukar tetapi kita masih percaya dan yakin pengundi Cina di Bagan Pinang adalah bijak dan boleh menilai sebelum mengundi.
Pengundi-pengundi India juga memerlukan satu transformasi pemikiran untuk menentukan siapa yang mereka akan mengundi samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat. Tetapi apabila dilihat berdasarkan “mood” yang bertiup, pengundi India akan lebih tertarik kepada PKR India yang sentiasa meniupkan lagu-lagu survival masyarakat India yang didakwa masih tertindas dan MIC gagal dalam menjaga masa depan masyarakat India. Maknanya pengundi India masih sukar untuk di transformasikan.
MIC mugkin tidak mampu untuk mengubahkan pemikiran tersebut kerana MIC sendiri juga dalam proses untuk di transformasikan. Jadi apa yang boleh di buat ialah jangan biarkan pengundi India yang mempunyai lebih 20% undi menjadi teman PKR India. Mungkin tindakan PEMUDA UMNO untuk mengerakkan jenteranya ke kawasan estet yang bermajoriti kaum India amat baik. Sekiranya MIC tak mampu mungkin UMNO boleh membantu terutamanya untuk memberi penjelasan kepada pengundi India. Ini boleh memberi satu ruang baru kepada pengundi India untuk mendapat maklumat yang betul daripada UMNO yang dijadikan Kambing Hitam oleh Pakatan Rakyat. Maknanya tranformasi pengundi India agak sukar tetapi tidak semestinya mereka tidak boleh berubah.
Mungkin kenyataan Ketua Puteri Sabah boleh menjadi sesuatu pendekatan yang boleh menggerakkan proses transformasi tersebut, katanya “pendekatan ‘satu dengan satu‘ iaitu mendengar masalah rakyat dan cuba mengatasinya akan terus digunakan di Bagan Pinang kerana ia berkesan dalam mendekati pengundi dan menjelaskan dasar kerajaan BN”.Katanya lagi “Dengan mendengar luahan hati pengundi dan menjelaskan kekeliruan yang membuatkan mereka ragu-ragu memilih BN, mereka akan lebih memahami kebaikan kerajaan BN”. Ini mungkin jawapannya samada pengundi Cina atau India boleh ditransformasi pemikiran mereka.
Monday, September 28, 2009
PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : FATWA NIK AZIZ DI BAGAN PINANG
Nik Abd Aziz Nik Mat telah mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menghamburkan kata-kata menyerang peribadi lawan sepanjang kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang,sesuai dengan suasana umat Islam yang masih meraikan Aidilfitri. Dalam pengiraan Pak Zad ada sesuatu yang tak kena disini, pertama kali Pak Zad dengar PAS mengamal strategi berhemah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz ini. Jika dilihat dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, pilihanraya Kuala Terengganu dan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir strategi menghentam peribadi calon adalah strategi yang paling berjaya yang digunakan oleh Pakatan Rakyat. Serta ini juga strategi yang merupakan senjata yang paling berkesan digunakan dan juga antara faktor yang membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil yang lepas.
Kata Nik Aziz lagi “Pendekatan (Kempen) kita berubah ikut suasana, peribadi kalau nak sebut (biar) secara berdepan (dengan individu), depan mikrofon tak boleh. Saya tak suka sentuh peribadi,hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum tak apa. Contohnya kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut sebut secara umum tak apa, jangan tuju sesiapa dan kalau nak sebut juga, jumpa orang itu sendiri” Ini satu fakwa yang baru yang cuba dinyatakan oleh Nik Aziz di Bagan Pinang dan ia satu penghuraian yang penuh dengan persoalan, kenapa begitu berhemahnya strategi PAS yang dicadangkan oleh Nik Aziz. Adakah ini cara baru PAS untuk memenangi hati pengundi Melayu yang cuba dipancing oleh PAS dan Pakatan Rakyat, selepas mereka amat yakin mereka sudah mendapat majoriti undi pengundi Cina dan India.
Mungkin PAS cuba memerangkap Isa Samad supaya Isa Samad akan bersedia untuk bertanding kerana Nik Aziz sudah memberi satu jaminan yang mereka tidak akan “attack” peribadi calon. Oleh itu kenyataan Nik Aziz ini adalah satu perangkap kepada UMNO supaya memilih Isa Samad sebagai calon. Mungkin ini adalah strategi baru untuk memastikan yang PAS mahukan Isa Samad untuk bertanding dan apabila Isa Samad bertanding sudah tentu mereka sudahpun bersedia untuk mengunakan strategi seperti pilihanraya kecil yang lepas.
Nampak jelas Nik Aziz juga mengunakan strategi psikologi untuk membuktikan mereka mempunyai jentera yang paling bersih dan baik dalam berkempen nanti. Tetapi kalau kita kaji kenyataan beliau seterusnya iaitu “Nak cakap soal Parti lawan berkaitan dasar tak apa. Saya cakap dasar UMNO SESAT, tak bawa orang kemana-mana”. Kenyataan ini membikinkan fatwa Nik Aziz lagi mengelirukan, apa sebenarnya di pemikiran Nik Aziz. Pak Zad jangka beliau sedang memberi isyarat kepada jentera PAS dan Pakatan Rakyat supaya mereka menukar STRATEGI DARI MENYERANG KEPADA STRATEGI MEMBINA SIMPATI. Nik Aziz nak nampak yang strategi menyerang tidak berkesan kerana mereka tahu mereka tak cukup stamina kerana jentera Barisan sudah menunggu untuk menyekat serangan tersebut seperti strategi apa yang berlaku di Selangor dan Perak. Pak Zad sedang menunggu apa pula komen Salahuddin Ayob tentang fatwa Nik Aziz ini.
Kata pepatah politik “musuh harus di hormati dan untuk menewaskan musuh kita harus menghayati apa yang di fikirkan oleh musuh untuk menewaskan kita“. Mungkin ini yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Nik Aziz ketika ini.
Sunday, September 27, 2009
PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : KENAPA PAS TUNDUK KEPADA DAP DALAM KES DI SELANGOR.
Mengikut Salahuddin Ayob “PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat pada semua peringkat”. Salahuddin Ayob mengulas laporan yang mengatakan PAS Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin Pakatan Rakyat supaya parti itu mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan Rakyat, berikutan pendirian tegas Dr Hasan Ali yang mahukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dirombak. Isu ini telah menjadi isu hangat di Selangor dan menimbulkan satu polimik antara Dr Hasan Ali dan pemimpin DAP Selangor.
Kata Salahuddin Ayob lagi “PAS tetap dengan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat. Jika ada masalah yang berlaku,ia perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah apa lagi Pakatan yang besar”. Tegas Salahuddin Ayob lagi “PAS tetap mahu mentadbir Selangor bersama rakan Pakatan Pembangkang walaupun terdapat perbalahan di antara mereka di negeri itu” dan katanya lagi “Apa jua masalah di Selangor, saya yakin ia akan diselesaikan dalam semangat setiakawan antara PAS, Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan DAP.”
Apa yang cuba “dihighlightkan” di atas ialah pandangan-pandangan Pengarah Pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat yang akan menjadi “Master Mind” di pilihanraya kecil Bagan Pinang,yang terlalu khuatir mengenai krisis di Selangor yang secara terbuka membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya ada masalah besar terutamanya antara parti yang memperjuangankan Negara Islam iaitu PAS dan Parti yang tidak mahu menerima atau menolak Malaysia untuk dijadikan Negara Islam iaitu DAP. Krisis ini nampaknya akan memeningkan kepala Salahuddin Ayob kerana pada jangkaannya isu ini juga akan di menjadi isu hangat di Bagan Pinang.
Krisis antara PAS dengan DAP ini akan menjelmakan satu krisis antara perjuangan PAS dan DAP yang jauh panggang dari api untuk mereka bersatu secara 100 peratus. Sekiranya di teliti isu-isu yang berlaku di Selangor seperti isu penjualan arak, isu Exco PAS memberi kuasa menahan tanpa waran kepada Pegawai Masjid yang melibatkan orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah dan isu SELCAT, jelas menunjukkan PAS cuba melaksanakan perjuangan Islamnya di Negeri Selangor tetapi dihalang dan dibelasah dengan teruknya oleh kepimpinan DAP Selangor. Hinggakan kepimpinan DAP seperti Charles Santiago (YB DAP Parlimen Klang) membelasah Dr Hasan Ali dengan meminta Dr Hasan Ali perlu didisiplinkan oleh partinya dan menyarankan agar Dr Hasan Ali disingkirkan dari jawatan Exco Selangor. Malah Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim menyatakan dengan lebih tegas “There is no communication breakdown among coalition members, Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on varies issues” . Jelas Dr Hasan Ali telah dianggap sebagai “virus” kepada Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang anehnya dalam Dr Hasan Ali amat memerlukan sokongan daripada kepimpinan PAS Pusat untuk bersama dengannya tetapi sebaliknya berlaku, PAS Pusat terpaksa tunduk kepada DAP walaupun apa yang diperjuangkan oleh Dr Hasan Ali adalah perkara asas dalam perjuangan Islam PAS. Tetapi melalui kenyataan Salahuddin Ayob jelas nadanya ia tunduk kepada DAP. Mengapa ini berlaku kerana PAS memerlukan DAP di Bagan Pinang. Oleh itu PAS terpaksa mengunakan strategi psikologi untuk tidak berkrisis denga DAP pada masa sekarang.
Salahuddin Ayob telah mengunakan strategi ini dalam mempastikan semua perancangannya untuk Bagan Pinang tidak terjejas akibat krisis di Selangor. Bagi PAS , 10% pengundi Cina di Bagan Pinang amat penting dan PAS amat berharap DAP boleh memainkan peranan untuk mendapat undi tersebut. Malah pada pilihanraya Umum yang lalu calon PAS telah mendapat 56% daripada undi Cina di Bagan Pinang. Oleh itu di dalam pembacaan Salahuddin Ayob, apapun PAS perlu menghormati DAP dan kerana itu PAS terpaksa tunduk kepada DAP di dalam krisis di Selangor demi untuk mencipta kemenangan calonnya di Bagan Pinang.
Percaturan yang di buat melalui strategi ini terpaksa di mainkan oleh Salahuddin Ayob kerana beliau mahu menguruskan strategi pilihanraya didalam keadaan yang paling stabil supaya beliau boleh memberi tumpuan dan fokas untuk mengerakkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Krisis Selangor jika tidak di selesaikan sudah tentu menjejaskan peluang PAS di Bagan Pinang.
Saturday, September 26, 2009
PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : APA YANG ADA DI DALAM PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB ,PENGARAH PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.
Salahuddin Ayob telah dilantik oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, yang sudah tentu menjadi orang yang paling penting untuk jentera Pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau juga adalah “the master mind” dalam mengatur strategi untuk PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Oleh itu setiap kenyataan beliau perlu di teliti dan perlu dibaca secara terperinci.
Pak Zad akan cuba membaca apakah yang ada di dalam pemikiran Salahuddin Ayob, berdasarkan kepada kenyataan yang beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat keluarkan dalam beberapa minggu ini. Pembacaan pemikiran beliau sangat penting kerana ia akan membawa kita kepada apakah strategi yang beliau akan gunakan untuk dilaksanakan oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Pak Zad jangka ada 3 perkara penting dan utama yang ada di pemikiran Salahuddin Ayob pada masa ini,yang juga beliau nanti akan terjemahkan ke dalam strategi perlaksaan untuk mengerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat.
a. PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB 1 : STRATEGI UNTUK MELEMAHKAN CALON BN.
Bagi Salahuddin Ayob,dengan strategi ini, calon BN akan sentiasa dalam keadaan defensif dan terpaksa mempertahankan diri. Akhirnya ia akan melemahkan calon dan calon tidak lagi boleh berfungsi dengan baik. Inilah pada pandangan Pak Zad yang ada dalam pemikiran Salahuddin Ayob yang paling utama.
Dalam pemikiran Salahuddin Ayob,strategi ini adalah sama dengan strategi yang digunakan Anwar Ibrahim apabila mencanangkan kepada seluruh dunia yang tarikh 16 September 2008 Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Kenyataan Anwar Ibrahim telah berjaya menguasai pemikiran majoriti rakyat Malaysia yang percaya dan yakin akan berlaku. Inilah yang cuba di fikirkan oleh Salahuddin iaitu untuk menguasai pemikiran pengundi-pengundi Bagan Pinang dan rakyat Malaysia seluruhnya. Apa yang jelas Salahuddin Ayob dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk psikologi seperti UMNO akan mengunakan isu perkauman untuk berkempen, Pakatan Rakyat dalam keadaan menyerang, Pakatan Rakyat akan memberikan kejutan di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat akan menang walau ia kawasan UMNO, SPR perlu melihat semula isu pengundi pos dan pengundi India jangan undi BN kerana BN tidak menolong orang-orang India.
Kenyataan-kenyataan tersebut adalah berbentuk psikolog dan ia bertujuan untuk memasukkan setiap perkataan dalam pemikiran pengundi dan apabila ia di ulang-ulang dalam kempen sudah tentu pengundi-pengundi akan mulai mempercayainya. Maknanya Pakatan Rakyat sudah berjaya untuk menguasai pemikiran pengundi-pengundi. Bagi pemikiran Salahuddin Ayob strategi ini sekiranya berjaya di lakukan,akan menyukarkan jentera BN untuk berkempen.
Secara kesimpulan analisa untuk membaca pemikiran Salahuddin Ayob adalah berdasarkan teori kemungkinan dan ia mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Tetapi pada realitinya daripada kenyataan-kenyataan dari beliau dan pemimpin atasan Pakatan Rakyat analisa ini mungkin ada kebenarannya.Cuba kita renungi kata-kata SUN TZU “Strategy without tactics is the slowest route to victory, tactics without strategy is the noise before defeat”.
Friday, September 25, 2009
BAGAN PINANG : SIAPAKAH BAKAL MENJADI CALON BAGAN PINANG
Selepas 15 tajuk Pak Zad sembangkan di dalam blog ini, pada kali ini Pak Zad nak membuat tekaan atau “prediction”, siapakah calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. “Prediction” Pak Zad berdasarkan kepada kajian yang dibuat dan dilaporkan oleh Merdeka Review iaitu 48.5% mengatakan faktor calon adalah paling utama, 41.5% mengatakan kekuatan parti politik sebagai faktornya dan hanya 8.1% yang tidak dapat menentukan faktor yang bagaimana. Maknanya kajian ini telah mengesahkan faktor calon(candidate factor) adalah kriteria utama dalam menentukan calon yang sesuai.
Apakah yang dikatakan faktor calon? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah dengan kita meneliti kenyataan pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan di dalam pilihanraya kecil ini. Dr Mahathir umpamanya menyatakan “UMNO should pick a candidate who is free of money politik for Bagan Pinang by election“ dan tambahan beliau lagi “However, having corruption-free candidate would be important factor in Bagan Pinang as well as in the general election” Manakala Muhyiddin Yassin pula menyatakan “I have to listened to the views from all parties in Negeri Sembilan as we want a capable and hardworking candidate to contest in Bagan Pinang”.
Komen seorang ahli parti UMNO veteran mengatakan “Another important factor is the choice of candidate. He must not only be one liked by the people but must also be agreeable to all party members”. Jelas ketiga-tiga kenyataan tersebut memberi makna calon yang paling sesuai ialah calon yang bersih, berkebolehan, boleh bekerja keras, calon yang diterima pengundi dan calon yang diterima oleh ahli-ahli parti. Ini adalah kriteria asas dalam pemilihan calon yang Pak Zad gunakan dalam “prediction” Pak Zad.
Berdasarkan kepada situasi semasa Pak Zad meramalkan akan ada pertandingan antara 5 calon iaitu calon Barisan Nasional(UMNO), calon PAS (Pakatan Rakyat) dan 3 calon bebas (calon Melayu,Cina dan India). Ketiga-tiga calon bebas adalah calon yang akan mencuri perhatian kerana mereka dijangka akan berperanan untuk memecah undi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Setiap undi yang mereka dapat sudah tentunya akan mengurangkan undi samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Strategi calon bebas ini juga ada kaitan juga mungkin satu strategi parti-parti politik yang bertanding yang menaja calon-calon bebas ini ataupun mungkin juga ada calon-calon tersebut yang telah mengkaji bahawa mereka boleh menjadi penentu, oleh itu mereka berbincang dengan parti-parti yang bertanding untuk membuat ‘deal’ untuk menarik diri tapi dengan bayaran yang lumayan. Kedua analisa tersebut adalah satu kemungkin.
Pada “prediction” Pak Zad, calon Barisan Nasional yang memenuhi kriteria yang di gariskan di atas ialah Sdra Najib Isa yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang dan anak kepada Isa Samad yang merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang . Pak Zad yakin Najib Isa adalah paling layak kerana beliau adalah tokoh pemuda yang bersih dan di terima oleh ahli-ahli Bahagian Teluk Kemang.Walaupun dalam banyak kenyataan terdahulu yang mengatakan Isa Samad lah dikehendaki oleh mereka ,tetapi kriteria yang di nyatakan oleh Dr Mahathir yang menjadi halangan kepada Isa Samad sebagai calon. Pak Zad juga rasakan Isa Samad yang merupakan tokoh UMNO veteran yang sangat setia kepada perjuangan UMNO,tentunya amat memahami situasi ini. Pak Zad juga rasakan Isa Samad akan berkerja keras untuk mempastikan kemenangan anaknya dan UMNO khususnya . Inilah masanya untuk Isa Samad memberi peluang anaknya untuk meneruskan perjuangannya di arus perdana. Jadi dengan hujah di atas Pak Zad ramalkan Najib Isa akan menjadi pilihan UMNO di Bagan Pinang.
Manakala “prediction” untuk calon PAS yang memenuhi kriteria di atas ialah Saudara Zulkifli Mohd Omar yang merupakan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan juga bekas calon yang kalah didalam pilihanraya umum yang lepas. Calon ini adalah tokon pemimpin utama PAS Negeri Sembilan dan amat berpengaruh di Negeri Sembilan. Beliau juga calon yang cukup berpengalaman dalam menguruskan pilihanraya di Bagan Pinang dan amat rapat dengan pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Jika di lihat kepada prestasi beliau pada pilihanraya yang lepas beliau telah mendapat undi popular sebanyak 45% (4,097 undi) dengan mendapat undi Melayu sebanyak 43%, Cina 56% dan India 54%. Maknanya calon PAS yang Pak Zad “predict”kan ini amat berpengaruh kepada pengundi Cina dan India yang melebihi 50%, hanya undi Melayu beliau kurang 7%. Ini membuktikan prestasinya amat baik dan pencalonannya boleh memberi satu saingan yang sengit kepada calon Barisan Nasional.
Untuk calon bebas pula Pak Zad jangka calon Bebas Melayu akan datang dari ahli PKR yang pada masa ini telah diberi amaran oleh Anwar Ibrahim sekiranya beliau masuk bertanding,beliau akan dipecat sebagai ahli PKR. Calon juga dari segi kewibawaan juga ada kekuatannya kerana pernah menjadi wakil ahli Parlimen Teluk Kemang dari PKR. Peluang beliau untuk bertanding nampak terbuka luas dan dari kenyataan beliau nampaknya beliau “tidak makan saman” walaupun yang menyaman beliau adalah Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai calon akan pastinya mengusarkan jentera Pakatan Rakyat kerana undi “solid” Melayu untuk PAS akan pastinya akan terganggu oleh calon bebas ini.
Pak Zad juga meramalkan akan adanya calon bebas dari bangsa Cina dan bangsa India. Kedua calon bebas ini akan memberikan satu cabaran yang amat sukar kepada kedua-dua parti samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat. Ini kerana kedua-dua parti tersebut amat memerlukan undi dari pengundi Cina dan India yang menjangkau 30% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang. Oleh itu dengan kehadiran calon bebas Cina dan India sudah tentu matlamat untuk mendapat undi penentu ini agak sukar.Pada pandangan Pak Zad setiap calon bebas India dan Cina dapat membawa 3-5 % undi.
Adalah jelas itulah “prediction” Pak Zad yang dihujahkan berdasarkan kepada kriteria yang dibuat berdasarkan kepada satu kajian yang di buat. Apakah tepat atau tidak kita akan menyaksikannya pada 29 September nanti di mana kedua-dua parti yang besar akan umumkan calon-calon mereka. Manakala bagi calon bebas pula kita terpaksa tunggu pada 3 Okt iaitu semasa hari penamaan calon. Bagi Pak Zad yang pasti pertandingan antara calon-calon yang diramalkan di atas akan sengit dan semua akan bergantung kepada strategi masing-masing.
Thursday, September 24, 2009
BAGAN PINANG : “THE DANGER OF MAKING FALSE MOVES”
Kenyataan di atas adalah kenyataan dari Presiden Eisenhower yang memberi peringatan kepada kepimpinan CIA dalam mereka menguruskan isu CUBA pada tahun 1960. Peringatan dibuat oleh Presiden Eisenhower selepas CIA telah gagal dalam operasinya di Cuba dalam usaha mereka menjatuhkan Fidel Castro. Bagi Pak Zad nasihat President Eisenhower ini ada relevennya dengan apa akan berlaku di Bagan Pinang, sekiranya strategi yang dipilih adalah salah dan tidak sesuai serta di buat secara terburu-buru. Dalam analisa Pak Zad dalam sembang-sembang Pak Zad yang lalu,membuktikan perkara tersebut wujud.
“The danger of making false moves” membawa makna pertamanya ialah bahayanya membuat sesuatu tindakan ataupun pergerakan yang silap. Dalam konteks ini Presiden Eisenhower telah merujuk kepada tindakan-tindakan CIA dalam usaha mereka menjatuhkan Fidel Castro dengan melakukan satu tindakan-tindakan yang ternyata silap dan akhir memberikan kesan yang amat negatif kepada imej Amerika ketika itu. Maknanya setiap tindakan yang dibuat perlulah berhati-hati dan teliti sebelum ia hendak dijadikan satu strategi yang berkesan. Sekiranya ia tidak di buat berhati-hati ia akan mengundang padah dan bahaya kepada tindakan-tindakan susulannya nanti.
Jika dikaji di Bagan Pinang pada peringkat awal ini, ada beberapa tindakan yang telah dibuat yang berlandaskan kepada tindakan-tindakan bahaya seperti Pakatan Rakyat menuduh UMNO akan mengunakan isu perkauman dalam kempen mereka (kenyataan Salahuddin Ayob, Pengerusi Pilihanraya Kecil PAS di Bagan Pinang), dan pengunaan Isu-isu agama Hindu seperti isu kepala lembu dan perpindahan kuil di Shah Alam (S.Manikavasam PKR Supreme Coucil Member), ini akan menyebabkan Barisan akan mengaturkan strategi balas berdasarkan kepada perkauman dan keagamaan.
Kesannya amat bahaya sekali kerana tindakan ini dibuat berdasarkan satu bacaan iaitu untuk memenangi hati pengundi Cina dan India, yang isyaratnya ialah UMNO/Barisan gagal untuk menjaga kepentingan Cina dan India dan Pakatan Rakyat telah melakukan dengan baik sejak mereka menjadi kerajaan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Tetapi hakikatnya tidak kerana banyak bukti menunjukkan keresahan di kalangan kaum berlaku seperti isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, isu penjualan arak di Selangor, dasar pembinaan rumah ibadat di Selangor, isu robohnya Pusat Penyembelihan Babi di Alor Star, isu kepala lembu di Selangor dan lain-lain lagi. Apapun “the danger of making false moves” yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini akan menjerat kepala mereka sendiri kerana tindakan tersebut seolah-olah satu penipuan kepada pengundi Melayu kerana mereka telah lebih menjaga hati pengundi orang-orang Cina dan India, dan mereka percaya rakan mereka iaitu PAS boleh “handle” pengundi Melayu yang beragama Islam. Jadi Pakatan Rakyat dalam keadaan ini mengunakan keadah “Divide and Rule”. Kaedah ini akan mengundang satu “resistance” di dalam masyarakat.
Kenyataan “the danger of making false moves” juga memberi maksud kedua iaitu bahayanya sekiranya mengunakan satu pergerakan palsu, yang membawa makna satu tindakan atau pergerakan yang dibuat adalah semata-mata untuk mengabui mata musuhnya seolah mereka telah mengambil tindakan itu, tetapi hakikatnya ialah itu bukan tindakan sebenarnya. Strategi ini selalu di gunakan untuk membaca respond kepada musuh dan seterusnya tindakan-tindakan susulan yang di buat untuk melawan semula strategi musuh. Apa bahayanya di sini ialah ia akan mengundang satu konfliks sekiranya “moves” tersebut mengancam “opponent” sudah tentunya akan adanya tidakan balas yang lebih aggresif.
Sekiranya kita kaitkan dengan apa yang berlaku di Bagan Pinang, strategi untuk “making false moves” telah di lakukan dengan baik sekali oleh Pakatan Rakyat dengan mencipta tindakan-tindakan sensitif seperti tindakan-tindakan memenangi hati pengundi Cina dan India melalui dakwaan-dakwaan yang UMNO/Barisan gagal menjaga masyarakat Cina dan India dan lebih menjaga masyarakat Melayu dan mereka menunggu respond daripada UMNO/Barisan, sudah tentunya UMNO/Barisan akan menjawab dakwaan tersebut dengan tindakan-tindakan yang agresif. Tetapi jika di kaji secara mendalam ia adalah satu tindakan “false moves” iaitu tidak benar kerana apa yang di analisa di para 4 dalam artikel ini adalah jelas Pakatan Rakyat telah membuat satu pembohongan dan ini yang dinyatakan sebagai “the danger” kerana ia akan mengundang satu konflik kerana dinyatakan di atas UMNO/Barisan akan mengambil tindakan untuk mempertahan imejnya. Mungkin matlamat Pakatan Rakyat agak berjaya kerana dapat membaca tindakan-tindakan UMNO/Barisan tetapi tindakan ini menimbulkan satu situasi yang cukup bahaya didalam masyarakat.
Berdasarkan analisa di atas, jelas peringatan Presiden Eisenhower ini yang dibuat pada tahu 1960, masih relevan hingga ke hari ini dan ia juga satu peringatan kepada mana-mana Parti Politik yang bertanding perlu bertanggung jawab jangan sewenang-wenang mengunakan “false moves” hanya untuk di jadikan satu strategi dan akhir bahaya telah di undang dan kesannya mungkin akan akan berlakunya konflik yang besar. Akhir sekali kenyataan Presiden Dwight Eisenhower “I have suffered an eight-year defeat on this” perlu di jadikan pendoman oleh para strategis di Bagan Pinang.
Wednesday, September 23, 2009
BAGAN PINANG : SIAPA YANG SEBENARNYA TIDAK STABIL BARISAN NASIONAL ATAUPUN PAKATAN RAKYAT.
Menurut Anwar Ibrahim “Kita akan memberikan sokongan yang cukup kuat kepada calon PAS yang diumumkan kelak. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan berkerja berhempas pulas untuk memastikan kekuatan kita dan InsyaAllah dengan dokongan rakyat kita boleh membuat kejutan” dan cuba kita bandingkan dengan kenyataan Muhyiddin Yassin “ Put your best foot forward and close ranks to show that BN is still an able political entity with intergrity. As the by election date draws closer,we must portray our strengths,even though we admit to having weaknesses.”
Adalah cukup jelas daripada kedua-dua kenyataan tersebut, kenyataan Anwar Ibrahim adalah lebih positif dalam memberi gambaran Pakatan Rakyat lebih stabil daripada Barisan Nasional. Anwar Ibrahim telah mengambarkan Pakatan Rakyat telah bersedia sebagai satu pasukan untuk berkerja berhempas pulas bagi mengempur Bagan Pinang dan akan membuat kejutan kepada Barisan Nasional. Tetapi apabila di teliti kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai jentera Barisan Nasional, adalah cukup jelas Barisan Nasional dalam keadaan yang tidak stabil. Muhyiddin Yassin mengakui “put your best foot forward and close ranks to show that BN is still able political entity…”. Maknanya jentera Barisan dalam keadaan yang tidak stabil kerana masih terdapat masalah dalaman dalam parti-parti komponen BN. Beliau juga dengan ikhlas mengakui yang BN masih ada kelemahannya di situ.
Cuba kita analisa kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan “ Both PKR and DAP have categorically given their assurance to PAS that they will go all out to help the party win state sit” dan kenyataan Muhyiddin Yassin “Kita tidak mahu memberi gambaran buruk tentang parti kita, yang buruk kita simpan, yang cantik kita tunjukkan, serba sedikit begitulah. Kalau yang buruk kita sebut (maka) ia akan membawa kesan, jadi lebih baik dekat dengan pilihanraya ini harus kita menggambarkan kekuatan kita.” Kenyataan Anwar nampak lebih positif bagi mengambarkan mereka bertekad untuk bersatu dalam mengharungi pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Ini membuktikan mereka bergerak sebagai “one for all and all for one” dan mereka cukup-cukup stabil. Manakala kenyataan Muhyiddin Yassin masih lebih kepada kenyataan untuk memberi amaran dan peringatan kepada komponen Barisan Nasional agak cinta dan sayangkan perjuangan parti dan bukannya untuk kepentingan individu. Maknanya kenyataan tersebut membuktikan Barisan Nasional masih tidak stabil dan masih terdapat konfliks kepimpinan dalaman yang dipolimikkan secara terbuka di dalam media.
Oleh itu dari kedua-dua analisa perbandingan yang di buat antara kenyataan Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin, cukup membuktikan yang lebih stabil adalah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam keadaan yang cukup tidak stabil dalam mengharungi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Apakah impaknya kepada pilihanraya kecil ini kepada Pakatan Rakyat , ia sudah tentu satu kejutan akan menjelma kepada mereka iaitu kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat . Manakala impak kepada Barisan Nasional ialah seperti kata Muhyiddin Yassin “there would be a direct or direct impact on BN campaign machinery” dan kesannya akan membawa kekalahan kepada Barisan di Bagan Pinang. Apakah Barisan sanggup menerima kekalahan yang kesembilan di dalam siri liga perdana pilihanraya kecil di Malaysia. Ramai peminat liga perdana ini akan kecewa kerana takut Barisan Nasional akan dikeluarkan dari arena politik Malaysia seperti apa yang terjadi di Jepun.
Tuesday, September 22, 2009
BAGAN PINANG : PAKATAN RAKYAT AKAN BUAT KEJUTAN.
Kata Anwar Ibrahim (Suara Rakyat 15-29 Sept) “Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kuat kepada calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan pada 11 Okt depan, seterusnya membuat KEJUTAN untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR di KAWASAN BN itu.” Kenyataan ini memberi satu isyarat kepada Barisan Nasional bahawa PR sudah bersedia untuk bertanding dan bersaing di Bagan Pinang dengan penuh yakin yang mereka akan menang.
Anwar dan Pakatan Rakyat mengunakan strategi psikologi dengan menyatakan mereka akan membuat “KEJUTAN UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PR”. Strategi psikologi ini selalunya digunakan oleh pakar-pakar strategi apabila mereka berada dalam keadaan yang tersepit ataupun dalam keadaan yang mereka tahu mereka akan kalah. Oleh itu pakar-pakar strategi tersebut cuba membina semula keyakinan kepada pasukannya supaya mereka teruskan perjuangan dan tidak mengaku kalah sebelum pertandingan bermula. Pada pemikiran Pak Zad inilah strategi utama Anwar dalam mengururuskan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat pada peringkat awal sebelum hari penamaan calon ini.
Perkataan “KEJUTAN” yang di sebut oleh Anwar juga memberi makna yang mereka ingin memerangkap jentera UMNO/Barisan, bahawa Pakatan Rakyat berkedudukan menyerang dan akan terus menyerang jentera UMNO/Barisan. Dengan erti kata mereka tidak mahu memberi ruang kepada UMNO/Barisan untuk menyerang mereka kerana UMNO/Barisan pada kedudukan ini terpaksa mempertahankan diri untuk menjawab isu-isu dan persoalan yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat. Maknanya UMNO/Barisan dalam keadaan ”defensive”. Inilah strategi Anwar untuk mengharu-birukan jentera UMNO/Barisan dan akhirnya Pakatan Rakyat akan mendahului dari awal hingga akhir di Bagan Pinang. Kesannya nanti ialah “KEJUTAN” kedua akan berlaku iaitu Pakatan Rakyat akan dapat mengalahkan UMNO/Barisan di kubu kuat UMNO/Barisan.
Analisa tersebut dibuat berdasarkan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi rekod pilihanraya, kawasan ini adalah kawasan UMNO dan kedua kawasan ini adalah DUN yang amat kritikal untuk UMNO/Barisan dan Pakatan Rakyat. Kritikal pertama kerana UMNO/Barisan perlu menang untuk memberhentikan tsunami pilihanraya kecil yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kritikal kedua kerana Pakatan Rakyat perlukan kemenangan kali ini untuk meruntuhkan Kerajaan Barisan Negeri Sembilan dan meranapkan kewibawaan Kerajaan Barisan di Persekutuan.
Kedua perkara tersebut telah dilihat oleh Anwar dan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai perkara yang amat penting untuk mereka mengatur strategi yang amat rapi untuk meruntuhkan kekuatan UMNO/Barisan di Bagan Pinang. “ KEJUTAN” juga membawa maksud yang Pakatan Rakyat sudah siap bersedia untuk mengharungi satu pilihanraya kecil yang di atas kertas ia mungkin menyebelahi Barisan Nasional kerana kata mereka ia disebabkan oleh faktor undi pos. Jadi “KEJUTAN” akan berlaku semasa penamaan calon dan semasa berkempen nanti. Pak Zad jangka banyak keadah-keadah dan strategi pilihanraya yang baru akan di buat oleh jentera Pakatan Rakyat.
Monday, September 21, 2009
BAGAN PINANG : MUSLIHAT PAS DALAM MEMBELA ISA SAMAD SEBAGAI BAKAL CALON BARISAN NASIONAL.
Apa yang menarik ialah apabila Harakah edisi 20/9/09 telah meletakkan tajuk utamanya “ SEKAT JADI CALON.”, AGENDA BERTERUSAN KUBURKAN POLITIK ISA SAMAD”, ia menjadi satu persoalan mengapa dan kenapa. Laporan ini menyebut “harapan Tan Sri Mohd Isa Samad untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak mudah yang di sangka. Begitu juga anaknya Najib Isa” . Tajuk dan laporan Harakah ini perlu di teliti secara terperinci kerana ia akan memberi banyak makna yang tersurat dan tersirat.
Dari sudut strategi politik, ia perlu dimulakan dengan analisa berdasarkan persoalan-persoalan. Seperti Mengapa harakah perlu letakkan isu pencalonan Isa Samad sebagai tajuk utamanya? Pentingkah isu Isa Samad ini, jika dibandingkan dengan isu pemilihan calon PAS ataupun isu-isu lain yang sedang diperjuangkan oleh PAS. Adakah dengan membawa isu pencalonan Isa Samad seolah-olah PAS cuba membela Isa Samad, yang mereka lihat UMNO memang tidak mahu Isa Samad dicalonkan, ia dibuktikan seperti laporan Harakah “Cadangan Pergerakan Wanita UMNO yang mahukan calon Wanita diletakkan bertanding mewakili BN di DUN Bagan Pinang, 3 Okt ini adalah usaha halus pihak tertentu dalam UMNO menyekat bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad kembali aktif dalam politik”.
Dengan persoalan yang dikemukan tadi, amat jelas ia memerlukan satu jawapan yang tepat. Tetapi jawapan yang boleh diberi ialah PAS telah mengunakan 3 strategi sekali gus iaitu pertama mengunakan strategi “take the offensive” iaitu membuat serangan awal dengan menyatakan Isa Samad sedang dihalang menjadi calon, dengan itu UMNO akan disibukkan untuk membuat penjelasan dan ini akan menyebabkan jentera UMNO tidak dapat memberi fokas kepada strategi yang di rancang, kedua PAS mengunakan strategi “attack your opponent’s strengths” iaitu PAS cuba untuk menyerang Isa Samad yang pada pengiraan ramai penganalisa ialah calon yang mempunyai kekuatan dan pengaruh di Bagan Pinang. Maknanya PAS telah “attack” kekuatan UMNO di Bagan Pinang dengan tujuan untuk “forces his opponent to back away from the very qualities that makes Isa Samad an attractive candidate” dan ketiganya PAS mengunakan strategi “Accuse your opponent of what he/she is going to accuse you of” iaitu PAS telah menunjukkan dan menuduh bagaimana kelemahan Isa Samad telah dibuktikan oleh orang-orang UMNO sendiri. Semua strategi tersebut terkandung di dalam laporan Harakah tersebut. Begitu juga dengan semua persoalan-persoalan yang dilontarkan terdahulu juga jawapannya berada di dalam ketiga-tiga strategi tersebut.
Apa pun yang jelas, PAS telah berjaya memanipulasikan “kedudukan” dan kisah-kisah lama Isa Samad dalam strateginya supaya kepimpinanan UMNO dan Barisan dalam keadaan tertekan sebelum ke medan peperangan. Yang jelas pada pemikiran Pak Zad, PAS lebih seronok sekiranya Isa Samad yang menjadi calon untuk Barisan kerana sudah mempunyai modal yang cukup untuk berdepan dengan jentera Barisan. Apakah nasib calon UMNO/Barisan di Bagan Pinang jadi seperti di Kuala Terengganu ataupun di Permatang Pasir, semuanya bergantung kepada bagaimana UMNO/Barisan memilih calon dan pihak pembangkang hanya menunggu masa yang sesuai untuk membelasah calon UMNO/Barisan sekiranya mereka salah memilih calon.
Sunday, September 20, 2009
BAGAN PINANG : PANDANGAN DR MAHATHIR TERHADAP ISA SAMAD DAN SAMY VELLU.
Dalam politik Malaysia, apabila Dr Mahathir bersuara sudah tentunya akan menimbul satu situasi yang agak kelam kabut tak kira untuk Parti Kerajaan ataupun Parti Pembangkang. Kita masih ingat lagi suara-suara Dr Mahathir yang begitu nyaring dan tegas mengkritik dan memberi komen kepada kepimpinan Pak Lah telah menyebabkan situasi yang hangat kepada pentadbiran Pak Lah walaupun Pak Lah agak cool dalam ‘merespond’ kritikan Dr Mahathir. Itulah aura yang ada pada Dr Mahathir. Apabila beliau yang menyatakan sesuatu, ia dibuat dengan hujah-hujahn yang cukup teliti dan beliau sentiasa mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang perkara yang di suarakannya.
Oleh itu apabila Dr Mahathir menyatakan “ Datuk Seri Samy Vellu akan menjadi liability kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang di sebabkan kepimpinannya yang gagal”, maknanya Dr Mahathir sudah mengkaji bahawa Samy Vellu sudah berada di penghujung jalan dan Samy Vellu patut undur diri, demi memastikan pilihanraya umum yang akan datang Barisan Nasional masih relevan. Jelas sekali Dr Mahathir melihat dalam senario pilihanraya umum ke 13 yang survival Barisan Nasional terletak di tangan pengundi dan pengundi pilihanraya umum ke 13 adalah cerdik terutamanya pengundi-pengundi India yang muda.
Kata Dr Mahathir “ You gagal pimpin MIC sampai you sendiri kalah,” dan tambah beliau lagi “Pemimpin Malaysia belum faham apabila dia gagal,dia patut dengan sendiri letak jawatan,tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab”. Jelas sekali hujah Dr Mahathir memberi satu analisa perbandingan yang menarik mengenai Samy Vellu. Kalau kita ambil analisa Dr Mahathir untuk kita kaitkan dengan Bagan Pinang, kita akan dapati impaknya ialah kita jangka BN akan bergitu sukar untuk menang.
Ini di akui oleh Dr Mahathir “ Kalau tahu seseorang akan menyebabkan kekalahan BN,itu sudah menjadi masalah BN,bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak campur tangan. Ini urusan BN. Kerana dia BN kalah“. Cukup panas kenyataan beliau tentang Samy Vellu. Ini satu perang psikologi yang diutarakan oleh Dr Mahathir kepada semua ahli-ahli MIC dan kepimpinan MIC yang baru, supaya mereka mula untuk berfikir semula adakah mereka perlu nahkoda baru atau pun buat sesuatu. Kita tak perlu tunggu pilihanraya umum yang akan datang, kita perlu hanya melihat pilihanraya kecil Bagan Pinang kerana di sinilah ukuran survival MIC samada boleh memenangi hati pengundi India di sini ataupun gagal. Bagi Dr Mahathir amat sukar kerana Samy Vellu masih disitu.
Manakala komen Dr Mahathir juga menyentuh Isa Samad yang di jangka akan menjadi calon di Bagan Pinang. Beliau berkata “ Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional(BN) bagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang”. Ini satu strategi untuk menyatakan kepada kepimpinan UMNO di awal permainan psikologi ini, supaya mereka membuat satu pilihan yang tepat.
Kata Dr Mahathir dengan terus terang “ Tan Seri Isa Samad sudah di dapati bersalah,kalau UMNO letak juga bermakna bahawa UMNO tak ambil berat tentang kes-kes macam ini”. Ia merupakan satu kenyataan provokasi kepada kepimpinan UMNO yang sedang memilih calon-calon yang sesuai untuk Bagan Pinang. Bagi Dr Mahathir analisanya cukup mudah “ Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ,kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap UMNO”. Jika diteliti kenyataan Dr Mahathir ini, UMNO akan berhadapan dengan satu situasi yang sama seperti di Kuala Trengganu dan di Permatang Pasir yang calonnya mempunyai masalah yang dihidu baunya oleh pembangkang dan mereka telah mengumpul semua maklumat calon tersebut dan mereka akan dedahkan pada masa yang sesuaian nanti dan di kedua-dua kawasan tersebut pembangkang telah gunakan isu itu pada pertengahan kempen.
Apakah perkara ini akan berlaku di Bagan Pinang? Jawapannya ialah pasti akan berlaku kerana sehingga ke saat ini, Pakatan Rakyat masih berdiam diri untuk memberi respons balas kepada cadangan Isa Samad sebagai calon. Mungkin berdiam diri kerana mereka mahukan Isa Samad bertanding kerana mereka sudah mempunyai maklumat-maklumat peribadi yang boleh menganggu gugat krebiliti calon itu. Maknanya mereka sudah bersedia dan tunggu saja Isa Samad menjadi calon. Ini semua adalah teori jangkaan dan teori kemungkinan ia mungkin betul dan mungkin juga tidak betul.
Ini lah kelebihan Dr Mahathir dalam sudut jauhnya ,beliau boleh memberi komen dan kritikan yang pedas kepada dua pemimpin veteran Barisan Nasional iaitu Samy Vellu dan Isa Samad. Beliau boleh nampak satu masalah besar kepada Barisan Nasional iaitu tewas di Bagan Pinang dan tewas pilihanraya Umum yang akan datang. Para strategist politik UMNO dan Barisan perlu membaca kenyataan Dr Mahathir dengan lebih teliti kerana di setiap patah perkataannya adalah kenyataan berunsur strategi.
Saturday, September 19, 2009
SALAM AIDILFITRI 1430H
BAGAN PINANG : BOLEHKAH MCA MENARIK PENGUNDI CINA UNTUK MENGUNDI CALON BARISAN NASIONAL.
Sekiranya dianalisa prestasi pilihanraya 2008 di Parlimen Teluk Kemang yang di dalamnya ada lima DUN, jelas BN hanya menang dua kerusi iaitu di Linggi dan Bagan Pinang, manakala PR menang di tiga DUN iaitu di DUN Chua, Lukut dan Port Dickson. Yang menarik DUN yang di menangi oleh PR adalah kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina dan India. Oleh itu dari segi prestasinya BN di kawasan majoriti Cina dan India amat tidak baik dan pengundi-pengundi ini memilih PR dan kerana itu juga Parlimen Teluk Kemang di menangi oleh PKR.
Dengan jumlah 1,506 pengundi Cina(10.8%) di Bagan Pinang, kita dapat menyaksikan pengundi-pengundi Cina ini akan di pancing dengan hebatnya oleh Barisan dan PR. Ini kerana jumlahnya agak besar dan sekiranya ia di cantumkan jumlahnya dengan pengundi India jumlahnya menjadi 4,352 pengundi(31.2%), maknanya jumlah ini boleh menjadi penentu kepada kemenangan calon-calon yang bertanding. Oleh itu mereka amat di minati oleh setiap jentera pilihanraya yang bertanding .
Dalam analisa diatas, pengundi cina yang berada di Bagan Pinang, akan di asak oleh PR dan Barisan Nasional untuk mereka memberi undi kepada parti-parti yang bertanding. Tetapi dari atas kertas berdasarkan 7 pilihanraya kecil yang berlansung di Semenanjung Malaysia, ada analisa yang membuktikan pengundi Cina tidak memilih Barisan Nasional tetapi memberi undi kepada PR. Malah ia sendiri di akui oleh Dato Ahmad Maslan (Timbalan Menteri JPM) yang mengatakan salah satu punca kekalahan Barisan di Permatang Pasir ialah pengundi Cina tidak memberi undi kepada Barisan Nasional. Ini di tambah pula prestasi Barisan di Parlimen Teluk Kemang yang kalah di tiga DUN yang pengundi Cina majoritinya. Inilah situasi yang amat “melemaskan” di hadapi oleh Barisan terutama UMNO.
Ini adalah kerana UMNO amat mengharapkan jentera sahabat-sahabat dalam Barisan yang mewakili kaum Cina sepert MCA dan Gerakan. Tetapi situasi sekarang nampak amat tipis bagi UMNO untuk mengharapkan mereka. Banyak bukti yang nyatakan jentera MCA dan Gerakan tidak mampu untuk bersaing dengan jentera DAP dan PKR Cina. Kita lihat bagaimana Guan Eng pada awal-awal lagi telah membuat “homework” mengenai Bagan Pinang dengan memberi satu kenyataan yang berupa satu analisa data dengan mengatakan “ PR has only 40% chance of winning Bagan Pinang’’ dan katanya lagi “ The parties in Pakatan needs to fight Barisan as a team.Our battle is to fight corruption and money politic”. DAP nampaknya lebih bersedia daripada MCA dan Gerakan. MCA pula pada masa ini sudah ada penyakit di badan mereka iaitu penyakit kepimpinan yang diterjemahkan di dalam konflik dalaman antara Presiden dan Timbalan Presiden yang baru dipecat dan ia menjejaskan kewibawaan MCA di kalangan pengundi Cina di Bagan Pinang.
Walaupun Ong Tee Keat (Presiden MCA) menyatakan dengan penuh yakin “MCA will strive hard to ensure victory for Barisan candidate” dan beliau menambah lagi “it is imperative for MCA election machinery and others Barisan counterparts to work together to ensure a thumping victory in the by-election”, tetapi ini belum cukup membuktikan MCA boleh “deliver” tanggungjawab untuk pastikan mereka dapat memenangi hati pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang. Pak Zad amat yakin MCA tidak mampu. Sekiranya ini berlaku maknanya UMNO tidak ada jalan lain terpaksa turun sendiri untuk berkempen di kawasan-kawasan majority Cina, bagi berhadapan terus dengan pengundi-pengundi Cina.
Cuba kita renungi apa yang di katakan oleh Ong Tee Keat “..he would also not be distracted by attempts of opposition parties to smear his name”. Mungkin ini lah yang akan menjadi strategi kempen pihak Pakatan Rakyat di Bagan Pinang ia itu menjadi Ong Tee Keat sebagai bahan kempen mereka dan sekiranya berlaku ia boleh memusnah harapan Barisan untuk mengekal kemenangan BN di Bagan Pinang.
Friday, September 18, 2009
BAGAN PINANG : STRATEGI PAKATAN RAKYAT UNTUK MENDAPATKAN UNDI PENGUNDI INDIA.
Mengikut laporan The Edge “PKR leaders from the Indian community will campaign in the Bagan Pinang by election and focus on issues such as death of Indian youth in custody to gamer the votes of about 20% Indian voters in the constituency”. Ia menunjukkan bahawa PKR sudah bersedia untuk mengunakan strategi provokasi kepada BN dengan cara memainkan isu-isu sensitif dalam usaha untuk memenangi hati pengundi India yang berjumlah 2,600 pengundi.
Menurut S.Manikavasasagam (PKR Supreme Council Member) ”PKR Indian leaders would highlight several death in custody cases afferting Indian youth especially the case of A.Kugan, nothing that the cow-head protesters and the relocation of the hindu temple in Shah Alam would give PR the extra mileage” Kenyataan ini cukup membuktikan bagaimana strategi provokasi adalah strategi utama yang di gunakan oleh PKR. Mereka akan kemukakan isu-isu sensitif seperti kes Kugan, kes Kepala Lembu dan kes perpindahan kuil hindu di Shah Alam dalam setiap kempen mereka, itulah pengakuan yang dibuat. Bagi mereka ia boleh mempengaruhi minat pengundi kerana isu-isu tersebut amat berkaitan dengan isu diskriminasi dan penghinaan agama kaum India.
Menurutnya lagi “ PKR Indian leaders would engage the support of Hindraf and NGOs to reach out to the Indian voters in the by election,...”. Ini adalah satu strategi provokasi yang cuba mencabar pihak berkuasa dan juga Barisan Nasional. Ini kerana ia cuba melibatkan kumpulan yang telah diharamkan oleh undang-undang tetapi di sebut untuk dilibatkan di Bagan Pinang.Apa muslihatnya ? Sudah tentu untuk memancing sokongan dan undi. Ia cukup jelas satu strategi yang amat menarik cuba di ketengahkan oleh PKR.
Kedua-dua kenyataan di atas juga adalah strategi psikologi yang cuba dimainkan oleh PKR, dengan cuba membakar isu-isu yang sedia hangat dan panas. Apakah ini yang dikatakan oleh Salahuddin Ayob yang di Bagan Pinang , UMNO/Barisan akan mengunakan strategi perkauman di dalam kempen mereka, tetapi daripada kenyataan dari sahabat baik mereka seperti di atas, jelas yang akan menggunakan strategi perkauman ialah Pakatan Rakyat. Jadi kenyataan dan strategi yang cuba di gunakan oleh Salahuddin nampaknya memakan diri Pakatan Rakyat sendiri.
Cuba kita renung pula kenyataan Uthayakumar (Setiausaha Agong Human Rights Party) “ BN rule for past 52 years and PR governments in Kedah,Selangor and Penang over past 17 months showed no diference in stlye of governance. Both governments treat Indians the same because they believe Indian votes were insignificant. Both BN and PR ignore and neglect Indians due the community’s lack of political power.” Pandangan beliau adalah lebih berada di tengah-tengah antara BN dan PR yang merasakan kedua-kedua tidak membantu kaum India. Sudah tentunya sekiranya diterima masuk ke dalam pemikiran pengundi India di Bagan Pinang ia mungkin akan kita dapat melihat satu persaingan yang amat sengit antara jentera BN dan PR dalam melawan strategi Uthayakumar.
Cuba kita renungkan juga kenyataan Subramaniam Bharathy seorang penulis blog yang menyatakan “Both BN and PR governments are not doing anything to seriously tackle these issues raise before them in a holistic way. Indians in Bagan Pinang must vote wisely to get both BN and PR to reckon Indians were significant political calculation. Indians votes come with a price.” Dan tambah beliau lagi sekiranya BN dan PR tidak serius “ Indian voters shall abstain from voting this time”.
Thursday, September 17, 2009
BAGAN PINANG : APAKAH MUSLIHAT PAKATAN RAKYAT DALAM ANALISA DAN DAKWAAN MEREKA AKAN KALAH.
Seperti analisa-analisa yang di buat melalui blog ini sepanjang minggu ini dan minggu lepas, Pak Zad sudah memetik semua kenyataan-kenyataan yang negatif dari pihak kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Hj Hadi Awang,yang memberikan keyakinan kepada UMNO/Barisan yang mereka akan menang dalam pilihanraya ini. Terdapat faktor utama yang menjadi bukti kukuh kenyataan mereka iaitu peratusan pengundi pos yang terlalu tinggi dan kedudukan DUN Bagan Pinang itu sendiri yang telah menjadi kubu kuat BN.
Walaupun ia adalah kenyataan negatif kepada Pakatan Rakyat tetapi itu adalah hakikatnya dan kerana itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat amat risau dan amat takut kerana mereka tahu mereka akan masuk ke medan peperangan yang pastinya mereka akan tewas. Oleh itu kenyataan pemimpin mereka yang mengatakan mereka berkedudukan menyerang hanya sebagai satu strategi penyedap mulut dan menyejutkan mata memandang,mungkin ia adalah untuk mempastikan moral jentera mereka tidak ‘down’.
Cuba kita analisa kenyataan Omar Mohamad (bekas Ketua Penerangan Pas Pusat) “ sukar yang dikatakan itu hanya bersifat luaran. Tapi jihad itu mesti diutamakan. Jadi Pakatan tidak pernah takut pada baying-bayang sendiri meskipun sebanyak mana spekulasi mahupun ugutan diketengahkan”.Ia menjelaskan satu kenyataan yang bersifat defensif dan tidak mahu mengaku yang mereka sebenar berkedudukan terlalu sukar di Bagan Pinang. Mereka cuba menutup kelemahan mereka dengan cuba membina semula keyakinan bagi meneruskan persaingan mereka dengan UMNO/Barisan.
Manakala Abdul Halim Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS) pula berkata “ walaupun BN menang ia tidak akan memberi apa-apa indicator kerana berada di posisi bertahan.Tetapi kalau sebaliknya,landskap politik kerajaan akan terus tercalar”. Kenyataan ini juga sekiranya dianalisa secara terperinci juga membawa makna Pakatan Rakyat didalam keadaan tertekan dan defensif. Pengakuannya yang mengatakan “walaupun BN menang...” cukup menjelaskan Pakatan Rakyat sendiri mengakui menang BN boleh menang kerana beliau telah cuba mententeramkan keadaan dengan menyambung perkataan “...ia tidak akan memberi apa-apa indicator...”. Secara psikologinya beliau telah berjaya untuk menenangkan situasi yang mungkin akan kelam kabut jika dibiarkan situasi politik di Bagan Pinang yang jelas realitinya menyebelahi BN.
Salahuddin Ayob (Naib Presiden PAS) pula dalam kenyataan psikologinya menyatakan “ yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti” Ia juga satu lagi bukti bertapa terdesaknya Pakatan Rakyat mengisytiharkan strategi perangnya kepada musuh mereka. Walaupun ia mungkin di anggap satu perang psikologi kepada BN tetapi ia di buat kerana mereka merasa agak tergugat dan tidak berupaya untuk menyerang dan untuk menang. Strategi menyerang yang mereka nyatakan adalah satu umpan yang cuba di letakkan di mata pancing, sekiranya BN memakan umpan itu, dah tentu BN akan mati di mata pancing mereka.
Apa yang lebih menarik lagi Salahuddin Ayob turut menegas “ PR akan membawa momentum PRK Kuala Trengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu berbangkit pihak lawan” Agak menghairankan mengapa beliau mendedahkan strategi PR yang cuba mengunakan strategi yang sama di gunakan di Kuala Trengganu ? Mungkin beliau masih cuba bermain psikologi dengan BN dengan cara memancing BN dengan mendedahkan strategi tersebut. Apapun ia cukup menjelaskan bahawa PR masih buntu dalam menyelesaikan isu untuk memastikan mereka menang di Bagan Pinang.
Cuba kita renung apa yang dikatakan oleh Guan Eng “ walaupun dari teorinya kemampuan untuk menawan DUN Bagan Pinang hanya 40 % tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap di teruskan ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan”. Ini mungkin jawapan kepada kepada apakah muslihat Pakatan Rakyat.